Friday, 19 Sep 2014
You are here: Home
Pengenalan NR PDF Print
      Nona Roguy (NR) adalah produk herba buatan Malaysia yang mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Jenama Nona Roguy (NR) boleh diamalkan oleh golongan wanita, lelaki merangkumi usia muda, gadis atau pria dan juga bagi yang sudah memasuki alam perkahwinan. Malahan, produk seperti minyak mustajab Herba Nr juga boleh digunakan oleh bayi juga.

     
       Sejak berkurun lampau, keindahan dan kecantikan menjadi aspirasi setiap insan. Nona Roguy (NR)  dengan bangganya memperkenalkan rangkaian ramuan herba tradisional yang lengkap untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan semulajadi tanpa bahaya kesan sampingan. Ramuan pusaka tradisi keluarga ini telah diamal dan dipegang kukuh dari generasi ke generasi sejak kurun ke-12. Amalan herba penggunaan herba ini telah diturunkan daripada mubaligh-mubaligh Arab dan Keluarga Diraja Siak, Jambi, Palembang dan Keraton Solo, di Jawa Tengah.
 

      Berbekalkan rumusan herba-herba asli daripada khazanah hutan hujan tropikan dan petua serta adat resam dahulu, rangkaian herba Nona Roguy (NR) diproses melalui penggunaan
mesin-mesin yang termoden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan oleh kerajaan. Ramuan herba ini mengandungi pelbagai Vitamin, Garam Galian dan Antidot yang dapat membantu mencegah masalah penyakit di samping menjaga kestabilan kesihatan tubuh.

    
      Secara amnya, rangkaian produk NoNa Roguy(NR) terbahagi kepada dua bahagian iaitu; pembersih dalaman dan pembersih luaran. Pembersih dalaman merangkumi produk-produk yang menbantu  proses pembersihan badan, pembongkaran penyakit, pengeluaran kotoran serta lemak dan toksik  dan penyembuhan penyakit. Manakala, pembersihan luaran pula membantu melancarkan lagi proses pembersihan dalaman. Penggunaan minyak untuk sapuan di badan atau anggota badan yang lemah dan sengal membantu mempercepatkan lagi proses penyembuhan.

    
      Herba Bersalin NR adalah produk bersalin terlaris masa kini dan amat menbantu ibu-ibu bersalin menguatkan anggota dalam semasa berpantang. Ianya juga membantu mengeluarkan lendiran, lemak atau kotoran terkumpul dalam badan. Disamping itu, ia dapat mengembalikan kesegaran dan kecantikan seperti sedia kala.
 

    
      Produk Nona Roguy NR adalah antara herba terawal di pasaran, di Malaysia amnya. Bilangan pengguna yang semakin bertambah hari ke hari membuktikan keunggulan dan kehebatan di pasaran masakini. Oleh itu, anda boleh menyakini dan mempercayainya !